Friday, 8 May 2020

PREGNANCY JOURNEY - TRIMESTER 2

Assalamualaikum wbt 


Hai korang ! Sambung kisah lepas, mengandung di trimester ke dua pulak..kalini korang akan rasa tenang sikit hahaha sebab dah seperit dan seseksa trismester pertama. Yang perit sangat masa trimester pertama tu muntah and gastrik teruk dan selera makan zero ! Tapi masuk 4 bulan dah start ada selera makan dan boleh makan nasi berlauk. Kalau tak nasi putih kosong je kan..

Setiap pagi pon dah tak perlu bangun makan pukul 6 pagi. Sarapan pukul 8 pagi tapi tak boleh lewat dari pukul 8 kalau tak, muntah. Tak boleh lewat makan...confirm muntah. So trimester kedua ni muntah kalau lambat makan and kalau makan roti...tu je, tak macam trimester pertama, setiap hari muntah -.- hahaha

Walaupon sarah rasa lega and bersyukur sangat sebab dah tak muntah teruk, tapi ada satu masalah lagi yang datang. SEMBELIT ! Tak pernah kena sembelit sebelum ni, seksa jugak rasa sembelit ni ya gais. Rasa nak yakyak tapi poo poo taknak keluar. Lepastu poo poo jadi besar dan keras siot. Sampai terkoyak montot. Pedih dan ngilu tu takyah cakap la. Sampai darah montot. Macam-macam dah makan nak bagi hilang sembelit tapi tetap sama. Dan ia berlarutan sampai ke hari ini gais.

Kulit sarah pulak naik bintik-bintik sampai ke perut. Gatal sangat. Mungkin sebab perubahan hormon masa mengandung ni kan. Huhuhu sedih la tengok skin habis comot tapi orang cakap nanti semua tu hilang selepas bersalin. Ye ke gais?? Kalau betul tu alhamdulillah syukur..

Tidur malam-malam pon rasa nyenyak je, ye la tak muntah dah pukul 2 3 pagi, tak rasa lapar 2 3 pagi. Alhamdulillah syukur. Tapi satu je yang tak boleh tahan, rasa panas. Rasa panas sangat sangat ! Dah la badan sarah gatal-gatal, campor pulak dengan peluh kepanasan. Hurm, panas orang tengah mengandung ni dua kali ganda tau dari orang biasa. Memang tak boleh la nak pakai baju lawa-lawa nak dressing kononya cantik-cantik. Last-last baju tshirt besar dengan seluar tidur yang nipis ja dipakai hari-hari. Rambut ikat sanggul tinggi macam orang dalam pantang hahaha. Baru selesa gais !

Setiap hari tengok cermin usya perut yang semakin memboyot. Baby pulak start tendang masa masuk 17 weeks. Aktif sangat sampai kejap-kejap nak terkucil je. Rasa happy bila nampak dia menimbol, tendang kuat-kuat. Ahhhh !! The happiest moment ! Hehehe, tengah menaip ni pon dia dok menendang sakan ni. Lagi-lagi waktu nak tidor, kemain aktif.

Sepanjang trimester kedua ni makanan sarah makan lebih sedap la berbanding trimester pertama.

Breakfast sarah makan bijirin dengan susu ataupon nasi goreng, Ikut mood la nak makan yang mana antara dua tu.

Lunch pulak kena makan pukul 12.30. Takleh lewat sampai pukul 1 lebih kalau tak?? Haa pandai, muntah -.- Lunch pulak sarah makan nasi dan sayur brokoli with ayam goreng. Memang wajib. Sebab sarah tak berapa berani nak makan yang bukan-bukan lagi takut muntah.

Petang kena makan jugak dalam pukul 4.30, makan bijirin dengan susu.

Malam pukul 8.00 makan menu macam lunch dan supper makan bijirin dan susu.

Ituje la makanan sepanjang trimester kedua. Atleast sarah dah tak makan nasi kosong je gais hahaha.


Healthy tak ? Hahaha

Air yang boleh minum pon air limau dan air kosong je. Susu tu sebab nak makan dengan bijirin je tu pon sikit sebab doktor suruh minum. Nak muntah minum susu tapi tak muntah, rasa loya je...mungkin baby suka kot..? Makanan manis atau minuman manis langsung tak boleh go gais. Rasa terus nak meloya.

Sarah ada satu habit yang pelik sepanjang trimester kedua ni. Korang nak tahu tak sarah mengidam nak gigit suami sarah sampai darah. Rasa geram yang membuak-buak kekadang meleleh air liur sebab rasa nak gigit sangat lengan, paha dia. Asal eh? Nak bertukor jadi zombie ke?? Sampai berbekas habis badan suami sebab kena gigit tapi nasib baik dia tak marah, air mata je keluar hahahaha. Kesian dia. Terima kasih sayang sebab tahan sabar dengan perangai isteri awak ni..saya takda niat nak buat macam tu... cuma awak nampak menyelerakan untuk digigit. :(

So gais sampai sini je kot kisah trimester kedua. Rasa-rasa korang tak seperit trimester pertama kan ?? Korang tunggu next entri pulak untuk tahu apa pulak la masalah sarah di trimester yang ketiga. Doakan sarah dan baby dalam perut ni sihat sampai bersalin dan baby sihat sampai besar tau. Amiin.


Thankyou korang sudi singgah and baca blog sarah. I love you alls forebahhh   



love, sarahae

8 comments

8 May 2020 at 00:25

Tahniah dik. Tak lama lagi menimang cahaya mata. Takde benda nak share pulak. Kawin pun tak lagi 😂

8 May 2020 at 02:10

moga dipermudahka segala urusan,future mom!

8 May 2020 at 03:55

Lain orang lain ragamnya bila pregnant ya. Semoga urusan awak dan baby dipermudahkan!

8 May 2020 at 07:22

Huihh sampai gigit tangan husband. Betul kan org kata, lain org lain ragam. Moga selamat semua hendaknya..amin

8 May 2020 at 21:00

@Silah Hassy terima kasih kak :) hehehe

8 May 2020 at 21:00

@Isma Ismail amiin amiin terima kasih :)

8 May 2020 at 21:01

@Lya Amie betul tu awak, macam-macam perangai.. hehe amiin terima kasih :)

8 May 2020 at 21:02

@Aisyhah Nyais tu la kak, sampai husband cakap nak sapu ubat kebas..rela digigit kot. Amiin , terima kasih kak :)

Post a Comment