Wednesday, 6 May 2020

PREGNANCY JOURNEY - TRIMESTER 1

Assalamualaikum wbt 



Hai korang, ewah entri kalini nak share pengalaman mengandung masa trimester 1 anak pertama di usia 22 tahun. Hurm bagi sarah ini adalah pengalaman paling perit dan menyeksakan. Korang nak tahu kenapa sarah cakap macam tu??? Haa korang kena baca sampai habis dan korang bayangkan sendiri penyeksaannya. Huhuhu..

First sekali sarah nak bagitahu, bukannya sarah tak suka mengandung ni.. haha jangan la fikir lain pulak tapi, apa yang sarah imagine lain tau dengan apa yang sarah lalui. Yer la selama ni tengok drama kemain happy lagi mengandung cantik, boleh pergi shopping sana sini bla bla bla, tapi semua tu dalam drama ja. Hahaha drama sangat kan? Sebenarnya pengalaman mengandung ni tak sama dengan orang lain ya anak-anak sekalian.. ada yang masa pregnant sampai ke beranak dia kuat, takde alahan dan ada yang alahan teruk semasa first trimester dan ada yang sampai keberanak masih alahan teruk. Jadi sarah memang tabik ah dekat mommies kat luar sana sebab sangat sabar dan kuat !! Okay jom start dengan kisah sarah di trimester pertama yang memeritkan .....

Okay kita start dengan macam mana sarah boleh tahu sarah pregnant...

Sebenarnya sarah tahu sarah pregnant selepas 9 bulan berkahwin. Memang sebelum tahu sarah pregnant tu, badan rasa lain macam. Rasa nak tidor je manjang, letih sangat. Asik nak baring ja. Tapi ingatkan sebab letih tak cukup rehat sebab masa tu memang busy kat tadika untuk hias kelas apa semua, ye la hujung tahun kan...cikgu mesti nak kelas dia ceria untuk sambut murid baru. Nafsu makan pulak memang membuak buak sangat masa tu. Berat badan naik 3 kilo. Memang tak rasa mual ke apa, cuma rasa sakit kepala dan pening ja dan masa tu pulak memang period delay almost 20 hari tapi ingatkan biasa ja sebab period sarah memang tak teratur. Lagi satu perangai sarah asyik nak mengamuk ja. Mengamuk sampai tahap baling barang hahahaha siot betul la. Ingat lagi sarah mengamuk dekat suami sebab tak bawak pergi makan kenduri sebab time tu memang lapar gila tup tup dia taknak pergi kenduri sebab dia tak kenal sapa tuan rumah tu dan dah wakilkan family dia pergi. Tapi sarah mengamuk nak pergi dengan dia lepastu boleh lak dia taknak bawak haa mendapat la habis satu bilik bersepah sarah buat lepastu merajuk dalam bilik air taknak keluar -.-' rasa macam apehal hang ni sarah.. Tak pernah macam ni hahaha meroyan ke ape?? Lepas tu dia pujuk dan kita orang pergi makan dekat giant. perghh lega rasa dapat makan. Balik dri giant tu lah kita orang pergi watson nak beli lipstik tetiba terdetik nak beli pregnancy test. Beli la satu. 

Balik rumah terus mandi dan cek. Masa tu takdelah macam berharap sangat untuk dapat 2 line tu sebab pengalaman sebelum ni sarah memang pernah cek dan selalu dapat 1 line..pastu nangis. Tapi malam tu memang tak percaya sangat. 2 LINE !!!! Terus pergi kat suami dia tengah tidor, sarah tampo-tampo muka dia suruh bangun lepastu tunjuk pregnancy test tu. Kami berdua behuhuhu keseronokkan dan suami happy sangat. Sarah pon happy sebab memang nak baby sangat-sangat. Seminggu lepastu baru pergi klinik untuk sahkan sarah betul-betul pregnant atau tak and alhamdulillah doktor cakap dan nak masuk 2 bulan. Tak sangka dah sebulan lebih masa tu, sebab memang takde rasa alahan yang menyeramkan macam mommies lain cita. Dah la masa tu angkat berat macam-macam masa kat tadika. Panjat sana sini paku dinding. Nasib baik kandungan kuat. Yer la sebab memang tak rasa macam mengandung pon hahaha. So dalam hati tu seronok la yak yak yeayy takde alahan :))

Time ni gi beli lagi 2 test sebab tak percaya hahaha
Tapi.....lepas masuk 2 bulan....segalanya berubah...

Start dengan  rasa sakit kepala yang teramat sangat sampai tak boleh bangun! Kena baring ja. Masa tu nak siap-siap ke tadika. Tapi memang terasa lemah lain macam. Terus kejut suami bangun dan suruh dia tolong mandikan. Lepas mandi ja terus muntah !!!! Masa tu rasa macam WHAT ???!!!! AKU MUNTAH ???!!! Sarah paling tak suka muntah gais. Keluar kot hidung kot. SEKSAAA !!! 

Sarah terpaksa amik cuti haritu dan rehat kat rumah. Suami ajak pergi klinik tapi sarah taknak sebab dalam hati rasa kejap lagi okay la ni. So suami sarah pon pergi kerja macam biasa. Sarah dok rumah dengan mentua. Tapi haritu saja sarah muntah sampai 8 kali kot !!! Apa sarah makan semua keluar balik. Masa tu memang tak boleh bangun. Lembik macam kain buruk. Tak berani nak makan apa-apa sebab semua yang masuk keluar balik sampai kosong perut. Minum air kosong pon muntah!!!! How can gaisss ????? Keesokannya terus gi klinik..so teruslah buat buku pink tu. Pergi klinik sampai bawak plastik untuk muntah dan kena tambah air. Huhu nasib tak kena admit ward, kalau tak lagi panjang cerita.



So start dari haritu memang alahan sarah semakin teruk dan teruk dan terukkkk ! Sampai sarah depression dan rasa menyesal mengandung (masa tu la) sebab mungkin terlalu seksa dan perit. Sarah stress sangat sebab muntah non-stop sampai sarah tumbuk perut and salahkan baby. :( Sorry sayang ibu gila masa tu. Sarah tak cakap dengan semua orang dan sarah hanya menangis, sampai muka suami pon benci nak tengok. Pernah tersepak muka dia sebab rasa meluat. -.- tapi dia tak pernah marah. Suami selalu support suruh sabar, bg kata-kata semangat tapi time tu sarah separa gila kan hahaha so aku rasa nak sepak ja muka dia berkali-kali. Memang teruk la keadaan sarah masa alahan, tak dapat digambarkan.

Korang tahu tak, selang sejam mesti akan lapar balik even korang dah makan kenyang sampai sengkak pon. Serius weyy, sampai stress tak tahu nak sumbat ape dah dalam perut ni. Sebab semua akan muntah balik. Disebabkan alahan semakin teruk, sarah suruh suami hantar balik rumah mak sarah. Ye la sebab senang sikit nak merap hehehe sebab sarah memang tak larat nak bangun masak ke ape ke, sebab bangun je nak pengsan. Mak mentua sarah dah tua jadi sarah taknak susahkan dia, kesian dia pon tak larat kan, jadi suami pon setuju.

Makanan yang boleh masuk dalam perut masa tu hanya nasi goreng garam. (nasi yang digoreng dengan garam saja). So setiap satu jam mesti akan makan nasi goreng tu je sampai muak tau tak, tapi kalau tak makan memang akan rasa pedih ulu hati, gastrik yang teruk datang. Sebelum pregnant sarah takdak gastrik pon. Tak tahan gastrik sampai beli gaviscon, baru rasa lega sikit. Tambah pulak dengan rasa pahit mulut. Auchhh seksanya, dengan mulut penuh ulser. SEKSA sangat. Kalau makan selain dari nasi goreng garam tu confirm muntah weyyy. Sarah terpaksa amik cuti sebulan, tak pergi kerja sebab tadika suruh. Nasib baik depa memahami.

Masuk bulan ketiga, dah start tak boleh makan nasi goreng garam..nak makan nasi putih dan fish cake je. Hahahaha lawak betul. Try makan roti, tak boleh. Makan roti terus muntah on the spot ! Badan berangin lain macam je, asyik kembung. Memang tak boleh tidor. Korang bayangkan tengah malam buta 2 3 pagi bangun makan lagi sebab lapar, kalau tak makan muntah ! Tapi lepas makan muntah jugak haih memang muntah je la kerjanya. Sampai tak boleh urus diri sendiri memang selekeh sangat. Nak gosok gigi satu bab sampai tak gosok gigi kekadang hahaha kotor kan? Tapi nak buat caner en.. Bau masakan langsung tak boleh. Makanan favourite sebelum ni pon tak boleh bau, apatah lagi nak makan ! Hahaha tengok pon rasa nak muntah. Mak sarah la yang uruskan sarah, makan minum. I love you mak :) Tolong urutkan badan, usap perut kasi angin keluar, haih semua dia lah yang melayan. Abah pulak bahagian pergi membeli apa yang sarah teringin nak makan. Sampai dah kahwin pon masih nak merap mak abah -.-

Kadang-kadang kan rasa sedih sangat sebab pernah salahkan baby dalam perut ni yang buat sarah alahan, sorry sayang, ibu tekanan sikit biasalah first time. Maafkan ibu ya.. ibu tahu alahan ni la yang buat baby kuat dalam perut ibu ni, segala vitamin, energy ibu, nutrisi ibu awak serap. Syukur alhamdulillah sampai sekarang anak ibu ni sihat.. So ape yang paling penting sekali sokongan dari suami, family dan orang sekeliling memang sangat penting masa ni, kalau tak macam-macam boleh jadi. Alhamdulillah sarah kuat dengan sokongan depa.

Scan masa 2 bulan, nampak kantung je
Scan masa 3 bulan, dah nampak dia :)

So sampai sini lah kisah trismester pertama yang penuh dengan muntah hahaha, next entri sarah akan cerita pengalaman trimester kedua pulak in sha Allah, haa masa ni kurang dah peritnya tu. Tapi ada masalah lain pulak yang datang. Kalau nak tahu nanti singgah la baca ye.


Thankyou korang sudi singgah and baca blog sarah. I love you alls forebahhh   



love, sarahae

10 comments

6 May 2020 at 07:33

Assalamualaikum. Alhamdulillah... seronoknya dapat babyyyyy

6 May 2020 at 08:18

@Semut Senyum waalaikumusalam, alhamdulillah, doakan baby sihat ya:)

6 May 2020 at 21:48

Semoga dipermudahkan segalanya..

6 May 2020 at 23:47

Wah..tahniah.. hehe
Jaga diri baik². Btw follow sini. Salam ramadan

7 May 2020 at 06:52

Amiin terima kasih semua, salam ramadhan :)

7 May 2020 at 07:20

Kak baca bagi abis tau kisah awak. Memang nak tau 2nd trismester tu apa pulak. Jaga elok elok yan kandungan tu. Semoga urusan sarah dimudahakn dan dapat bersalin dengan lancar nanti!! boleh amik ilmu siap2 dari sarah hahahahahahaha.:P

7 May 2020 at 07:30

@Sarah Rookee Hehe

7 May 2020 at 07:32

@Aisyhah Nyais amiin in sha allah kak, bersiap sedia ye kak hehehe

7 May 2020 at 23:19

Wah, tahniah! Take care ya :)

8 May 2020 at 00:11

@sviors thankyou :))

Post a Comment