Assalamualaikum wbt ♥
Hai semua, harini baru larat sikit nak update blog. Ya Allah trimester ketiga ni no joke la, tak buat apa baring seharian semalaman pon letih macam pergi merentas desa.
Previous post sarah ada habaq kan nak update tentang position baby. Alhamdulillah setakat harini position baby dah okay. Cuma rahim sarah pulak kecik. So memang tak normal lah. Contohnya macam 30 weeks pregnant, rahim mesti ukuran 30cm. Tu yang doktor bagitau sarah, tapi rahim sarah kecil. Kurang dari 30cm.
Doktor takut perkembangan bayi terbantut disebabkan perutku yang kecil ini. Tapi bila doktor ukur saiz baby, semua okay...normal dan baby besar sikit dari usia. Tapi kenapa perut kecil? Huhuhu sedih tau bila orang asyik tanya, "eh mana baby bump? Perut keciknya, tak macam ngandung pon." Stress hakuh!
Mungkin sebab saiz badan sarah yang tinggi dan kurus kot, sebab tu perut jadi kecil. Lagipon ni kan first pregnancy. Lainlah kalau dah pernah ngandung 2 3 kali. Memang senang la nak mengembang. Haa tu ada la tu makcik bawang nak cakap kiter ni tak cukup vitamin. Geram lak kiter sis 😑.
Apa-apa pon, keputusan untuk tahu apa perlu doktor buat is 29 Jun ni. Kena pergi scan dekat hospital. Selalu scan dekat klinik ja kan, haa ni klinik suruh refer hospital terus. Harap-harap tu semuanya okay lah. Sarah selalu positif kan minda ja. Selagi baby sihat, sarah bersyukur.
Okaylah nanti sarah gossip lagi dengan korang eh.
Thankyou korang sudi singgah and baca blog sarah. I love you alls forebahhh ♥♥
love, sarahae