Monday, 11 May 2020

RESEPI POPIA DAGING CHEESE

Assalamualaikum wbt 


Hai korang, malam ni sarah nak share resepi juadah berbuka sarah tadi iaitu popia daging cheese cara sarah. Simple dan sedap sangat. Puji diri sendiri hahaha. Actually, masa tengah buat popia tadi, ribut melanda tau tak. Nasib baik menjadi jugak popia hehehe 😆 Sorry la kalau gambar tak on point sebabnya gelap tadi, kan ribut 😅

Okay jom kita start !

Okay first, bahan-bahan yang korang perlu ada is..

Daging kisar 1 paket
➜ Kulit popia
➜ Slices cheese
➜ Serbuk kari daging
➜ 6 biji cili  *kalau suka pedas boleh tambah, kalau tak boleh kurangkan
➜ 1 biji bawang besar yang dirincik kecik-kecik
➜ 4 ulas bawang putih dirincik kecik-kecik
➜ 2 batang daun kari
➜ 1 helai daun pandan *sarah guna 2 helai tadi sebab pandan kat rumah terbantut

*ADD ON kalau korang suka pedas - boleh tambahkan serbuk cili atau cili kering kisar.



Slices cheese tu korang potong macam ni. Sarah potong 2 so dapat 3 slices kecik.



Okay mula-mula kita masukkan sikit je minyak sebab nanti daging kisar tu akan keluarkan banyak minyak, so letak sikit je dalam 2 sudu minyak masak. Lepastu tumiskan bawang merah.



Then masukkan bawang putih dan tumiskan sekali.




Then masukkan serbuk kari daging tadi dalam 3 sudu besar. Tumis sampai sebati gitu.
*kalau korang nak masukkan serbuk cili or  cili kering kisar boleh masukkan time ni



Then, masukkan daging kisar dan gaulkan sampai sebati, lepastu masukkan 1 gelas air.





Lepastu korang masukkan daun kari dan daun pandan untuk kasi aroma memikat suami 😝



Then masukkan cili lepastu kucai sampai sebati ya gais.



Then masukkan 1 sudu besar gula.




Dan garam secukup rasa okess. Sarah main agak-agak je bab garam gula ni. Ikut taste korang okay.




Gaulkan sampai sebati dan sampai air tu kering.




Tadaaa, haa sampai macam ni ya, kering-kering sikit. Then tutup api dan angkat.




Cara lipat popia ni mula-mula korang amik cheese tadi letak macam dalam gambar, and amik daging letak atas cheese tu. Then balut kemas-kemas supaya korang punya inti tak keluar masa goreng.


Lipat 2 kali




Sarah guna air je untuk cantumkan kulit popia tu supaya tak terbukak

Hasilnya buat dengan my sister


So siap untuk digoreng dan dihidang !!!! Goreng guna api sederhana je tau. Kalau tak jadi popia oreo pulak 😜

Maaf kuali agak berseni

Elok kejadiannya



POPIA DAGING CHEESE..ITS DONE ~ SELAMAT MENCUBA GAIS 💕


Thankyou korang sudi singgah and baca blog sarah. I love you alls forebahhh   



love, sarahae

10 comments

11 May 2020 at 14:47

Smlm mkn popia mcm ni mmg sedap...done follow sini ya

11 May 2020 at 21:00

@cikguzim terima kasih cikgu :)

12 May 2020 at 06:31

omg that looks so good. boleh try buat ni

13 May 2020 at 15:36

nice resipi done follow here =)

13 May 2020 at 20:06

haha bahaya tu kalau jadi oreo. maka gunalah api biasa2 sahaja. love popia~

14 May 2020 at 00:25

@ray kena wjib try hehehe

14 May 2020 at 00:25

@Nur Asyiqin thankyou babes

14 May 2020 at 00:26

@Silah Hassy hahaha bahaya oreo tak manis jadinya

17 May 2020 at 02:31

nampak lazat

13 June 2020 at 08:24

Done follow #28
Boleh try ni

Post a Comment